KENYATAAN MEDIA PRO MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA berhubung KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UPM SESI 2012/2013

Pendahuluan

Demam pilihanraya kampus akhirnya sampai ke kemuncaknya setelah selesainya proses pengundian dan penjumlahan undi semalam. Akhirnya, debaran untuk mengetahui siapakah yang terus memegang tampuk kepimpinan kampus juga terlerai sudah. Pro-Mahasiswa UPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang telah mendapat kemenangan dan kepercayaan mahasiswa. Buat yang tidak menang, teruskan bersatu dan sama-sama mengembleng tenaga ke arah meningkatkan prestasi diri dan mengharumkan nama universiti sebagai kampus lembah ilmu yang berprestij di dalam dan luar negara.

Kenyataan Pro Mahasiswa UPM
1. Pro-mahasiswa UPM juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada jawatankuasa yang melaksanakan pilihanraya kampus UPM khususnya Naib Canselor Universiti, Dato’ Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi yang telah membuka ruang baru ke arah menghidupkan kembali demokrasi kampus seterusnya memberi ruang kepada proses pemilihan untuk berjalan dengan adil dan lancar.
2. Keputusan pilihanraya kampus 2012/2013 menyaksikan bahawa calon daripada Pro-Mahasiswa UPM telah mendominasi 7 daripada 11 kerusi UMUM yang dipertandingkan. Meraikan semangat dan budaya politik baru yang lebih matang, Pro-Mahasiswa UPM sebelum ini tidak mengumumkan secara rasmi calon daripada Pro-Mahasiswa yang bertanding supaya proses pemilihan dan penilaian mahasiswa berlaku secara lebih adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kumpulan tertentu. Kemenangan ini juga membuktikan, Pro-Mahasiswa UPM terus sukses dalam melahirkan mahasiswa yang berkaliber dan mampu membawa agenda mahasiswa kea rah yang lebih baik.3. Pro-Mahasiswa UPM mengharapkan, kerajaan mahasiswa yang terbentuk hasil mandat seluruh mahasiswa UPM kali ini, mampu memjaga kebajikan seluruh mahasiswa di samping menaikkan nama universiti sebagai kampus hijau yang berprestij. Pro-Mahasiswa UPM juga menggesa agar calon-calon daripada Pro Mahasiswa yang bertanding kali ini agar menumpukan tugas menjaga kebajikan, keselamatan dan meningkatkan mutu akademik mahasiswa atas amanah dan mandate yang diterima. Pro-Mahasiswa UPM menggesa agar urusan pentadbiran kerajaan mahasiswa kali ini diserahkan sebulatnya kepada mahasiswa yang menang. Pro-Mahasiswa UPM juga dengan ini mengisytiharkan bahawa tidak akan menggunakan calon Pro-Mahasiswa UPM yang telah memenangi kerusi untuk kepentingan Pro-Mahasiswa UPM dan bersedia untuk mengkritik calon Pro-Mahasiswa UPM yang tidak bekerja dan menjaga kebajikan mahasiswa.4. Walaubagaimanapun, pro-mahasiswa akan terus menjadi agen semak imbang kepada kerajaan mahasiswa yang dibentuk dan pentadbiran universiti bagi memastikan agar suara mahasiswa di kampus terus didengari dan hak dan kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian.

Cadangan Dan Penambahbaikan

Berhubung kerajaan mahasiswa yang baru dibentuk, Pro Mahasiswa UPM menggesa agar beberapa penambahbaikan segera diadakan.

1. Penstrukturan semua organisasi MPP. Mengambil contoh system pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia yang terdiri daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, Pro-M UPM mencadangkan agar system ini diwujudkan di kampus UPM. Ini bermakna, calon yang memenangi kerusi umum akan menganggotai organisasi MPP di peringkat universiti manakala calon yang memenangi kerusi fakulti akan membentuk jawatankuasa khas di peringkat fakulti masing-masing. Pembahagian ini perlu dibuat bagi membolehkan pertubuhan mahasiswa di peringkat fakulti dapat dimaksimakan peranannya seterusnya membentuk suasana universiti yang lebih ilmiah dan akademik.

2. Pemberian autonomi sepenuhnya kepada kerajaan mahasiswa yang dibentuk tanpa dikongkong oleh mana-mana pihak samada di dalam mahupun luar kampus. Autonomi yang diberikan ini mampu membentuk kepimpinan mahasiswa yang mampu membawa suara dan memperjuangkan hak mahasiswa secara lebih adil dan telus.

3. Pro-Mahasiswa UPM menggesa agar mandat yang diberikan oleh majoriti daripada keseluruhan mahasiswa UPM dihormati dengan memberikan kuasa dan memfungsikan kembali calon yang menang di kerusi umum sebagai kepimpinan tertinggi dalam kerajaan mahasiswa yang dibentuk.

Penutup

Pro-Mahasiswa UPM berharap agar semua pihak terus bersatu dan bersama mengembleng tenaga samada di peringkat mahasiswa mahupun pentadbiran universiti bagi memastikan hak dan kebajikan mahasiswa dijaga dengan sebaiknya di samping mewujudkan suasana kebebasan berakademik yang lebih meluas bagi membentuk suasana intelek dan lembah ilmu itu terus terpelihara.

Sekian, terima kasih

Oleh:
Pro-Mahasiswa UPM

Analisis PRK UPM 2012

PILIHANRAYA KAMPUS UPM

Signifikan kepada terbentuknya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) boleh diumpamakan seperti kabinet parlimen mahasiswa.  MPP yang dianggotai oleh mahasiswa  yang dipilih melalui sistem pemilihan atau lebih sinonim dengan pilihanraya kampus. Melihat kepada betapa  peri pentingnya kabinet MPP di kampus, maka tidak hairan jika sebahagian pelajar tinggi kecenderungannya untuk terlibat dalam pilihanraya kampus.

Hari ini, semboyan pilihanraya kampus menyaksikan pertembungan idea dan semangat antara gerakan mahasiswa yang berjiwa aktivis dengan kumpulan pelajar yang bernaung di bawah pentadbiran universiti. Secara lebih jelasnya, kedua-dua kumpulan tersebut dikenali dengan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi  .

Pertembungan semakin panas berlaku ekoran pendedahan dokumen sulit oleh Pro-Mahasiswa Nasional berhubung campurtangan terus daripada Jabatan Perdana Menteri dalam satu pelan Barisan Nasional menawan 20 universiti awam di seluruh negara yang dinamakan OPS 2020. Dalam Ops tersebut, antara yang didedahkan melalui media adalah surat perlantikan sulit Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di beberapa buah kampus yang bertindak sebagai pelaksana agenda yang dirancang untuk kampus tertentu.

Ekoran pendedahan Ops tersebut, beberapa kampus mengalami pertembungan nyata dan sengit antara Pro-Mahasiswa dan Aspirasi. Apa yang menariknya, pertembungan jelas itu bukan menonjolkan perkelahian sesama mahasiswa, sebaliknya, antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran, atau antara pihak misteri dengan pihak pentadbiran. Minggu ini sahaja, di Pro-Mahasiswa UTHM mendedahkan TNC HEPA UTHM, Prof Amir Hashim mengugut Jawatankuasa Kolej Kediaman supaya menyokong UMNO/BN dan memastikan Aspirasi menang dalam pilihanraya kampus.

Di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pula, berlaku isu surat layang yang kononnya surat daripada Presiden Umno kepada rektor UIAM, Prof Zaleha Kamaruddin mengenai perlantikan Datuk Professor Musa Hitam sebagai rektor baru UIA untuk memastikan kemenangan Aspirasi. Surat layang ini menimbulkan banyak kemungkinan dan tidak pasti dilakukan oleh pihak mana.

Dalam sengit menjelang PRK di kampus lain, berbeza pula dengan PRK Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ini. Dari sudut ‘mood’ berpartisipasi secara berkumpulan kelihatan suram pada Pro-Mahasiswa. Sementara itu, Aspirasi dilihat lebih menonjolkan kumpulan mereka walaupun tidak pernah mengumumkan pimpinan organisasi mereka. Kita boleh menilai dalam penyampaian mereka di laman bukan rasmi Aspirasi yang terus berkempen agar tidak mengundi calon Pro-Mahasiswa walaupun Pro-Mahasiswa tidak pernah isytihar siapa calon mereka. ‘Cybertroopers’ mereka juga telah mengumumkan awal-awal lagi kemenangan calon mereka sebelum hari mengundi lagi.

Pro-Mahasiswa UPM yang sekadar memperkenalkan Pengerusi mereka  pula lesu dalam menyampaikan maklumat termasuk laman rasmi mereka juga tidak aktif. Mereka juga tidak lagi menganjurkan demonstrasi dengan melaungkan tuntutan tertentu seperti tahun sebelumnya. Jika masih ingat, tahun lepas Pro-Mahasiswa pernah berkonvoi motorsikal ke kolej-kolej dan sampaikan buah tangan sempena Tahun Baru Cina. Aktiviti berkelompok seperti itu tiada lagi sebaliknya Aman Kampus daripada Alumni Aspirasi pula yang mengadakan konvoi ke kolej-kolej sebagai kempen menolak Pro-Mahasiswa.

Ini berdasarkan pemerhatian ke atas kedua-dua kumpulan di UPM ini. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Aspirasi dan Pro-Mahasiswa kali ini? Adakah semangat aktivisme Pro-Mahasiswa sangat anjal kepada tekanan yang dikenakan oleh BHEP dan Aspirasi? Adakah Aspirasi pula merasakan mereka perlu mengisytihar mereka sebagai Aspirasi untuk menentang Pro-Mahasiswa? Tahun-tahun sebelum ini, Aspirasi UPM tidak pernah mengaku mereka bertanding secara berkumpulan dan memperkenalkan calon mereka secara nyata di bawah tiket Aspirasi dalam PRK.

Pilihanraya Kampus UPM Sebelum Tragedi Pecah-Pintu, 23 Feb 2011

23 Feb 2012. Inilah peristiwa yang memberi banyak pengajaran kepada Aspirasi, Pro-Mahasiswa dan warga UPM keseluruhannya dan masyarakat amnya. Pintu kaca yang menjadi laluan utama ke pejabat pentadbiran UPM pecah akibat tolak menolak antara mahasiswa yang menganggap mereka teraniaya dengan petugas keselamatan. Mahasiswa yang terlibat terdiri daripada pendokong dan penyokong Pro-Mahasiswa UPM. Mahasiswa dari kampus lain pun ada ketika itu.

Menyatakan bahawa Pro-Mahasiswa merempuh pintu bangunan pentadbiran sebenarnya kurang sesuai digunakan. Kita perlu adil menilai peristiwa ini dengan menilai perkara sebenar. Ini kerana mengikut penjelasan oleh mereka yang berada di situ, mereka telah meminta pihak keselamatan membuka pintu untuk mereka masuk. Sebelum pintu ditolak, kiraan sehingga dua puluh dilaungkan sebagai amaran jika pihak keselamatan enggan membuka pintu. Soalnya, mengapa sampai perlu mengira sehingga dua puluh untuk mereka masuk? Insiden tolak menolak pintu dari dua arah iaitu dari arah luar dan dalam. Tidak jelas siapa punca pintu kaca tersebut pecah kerana pintu tersebut bukan dirempuh sebaliknya ditolak dari arah bertentangan, daya yang kuat menyebabkan pintu itu pecah. Kita mesti adil menilai.

Tragedi berdarah ini berlaku sehari selepas proses pemilihan ekoran pembatalan kemenangan calon  Pro-Mahasiswa kerana bertanding secara berkumpulan menggunakan alat elektronik. Mereka yang dibatalkan pencalonan dan kemenangan mendapat surat yang menyatakan pembatalan pada malam tragedi tersebut. Pada malam itu juga mereka memohon penjelasan daripada TNC HEPA, Prof Dr Fauzi Ramlan (belum bergelar Datuk) dan mahu berbincang dengan Prof Dr Fauzi. Prof Dr. Fauzi ada menjelaskan sebab pembatalan setelah seorang calon Aspirasi ketika itu, Khairulfadzreen membuat bantahan pencalonan mereka. Calon-calon Pro-Mahasiswa ini tidak mudah berpuas hati dan menuntut hak mereka dengan menegaskan peraturan dan tindakan tersebut tidak munasabah.

Keadaan mula menjadi panas apabila sehingga pagi mereka berkampung di bangunan pentadbiran, dan mendapat maklumat bahawa bantahan ke atas mereka semua dibuat dengan RM100.00. Mengikut ketetapan, setiap bantahan ke atas calon sepatutnya dikenakan cas RM100.00 seorang. Sebelas calon yang dibantah kemenangan sepatutnya perlu dibayar RM1,100.00.

Suasana makin getir apabila TNC HEPA pada pagi 23 Februari masih enggan berjumpa mahasiswa yang memenuhi lobi luar bangunan pentadbiran. Sekitar 100 orang pada awalnya terus menunggu. Namun, lewat pagi itu juga, Pro-Mahasiswa boleh menarik nafas lega sementara apabila Prof Dr Fauzi memberitahu pembatalan tersebut ditarik semula. Kurang daripada sejam, keputusan itu berubah, pembatalan diteruskan. Inilah punca mahasiswa ketika itu berang apabila TNC HEPA gagal bersemuka dengan mereka menjelaskan hal yang sebenar.

Diringkaskan rentetan, 18 jam mahasiswa berkampung di hadapan bangunan pentadbiran universiti tanpa sebarang jawapan balas oleh Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan.

Syed Syafiq Syed Hasyim, Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM 2010/2011 ketika itu menyifatkan pilihanraya kampus pada tahun tersebut merupakan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pilihanraya kampus UPM. Ekoran pelbagai diskriminasi terhadap calon yang bertanding di atas tiket Pro-Mahasiswa. Pelbagai peraturan yang menafikan hak demokrasi mahasiswa seperti tidak boleh bertanding secara berkumpulan, poster kempen hanya menggunakan poster khas yang dikeluarkan oleh JKP, tempoh kempen agak pendek dan pada hari cuti, mengadakan sudut pidato hanya mengikut jadual yang disusun JKP sahaja dan pelbagai peraturan lagi termasuklah penggunaan sistem e-undi. Disamping itu, wujudnya diskriminasi terhadap calon-calon bukan tajaan BHEP.

Peraturan sahaja dianggap sebagai diskriminasi bagi Pro-Mahasiswa, begitu juga perlaksanaan yang membebankan pada tanggapan mereka. Antaranya, tempoh bantahan dan rayuan selepas penamaan calon berubah-ubah hingga terpaksa bersengkang mata tidak tidur sepanjang malam. Peraturan sangat fleksibel ketika itu merugikan masa dan tenaga mahasiswa yang terlibat. Berurusan di luar kawasan kolej pada waktu tengah pagi menjelang Subuh, itulah ‘office hour’ semasa musim pilihanraya kampus. Bagi staf yang bertugas, tidak mengapalah mereka diberi elaun ‘overtime’ dan bonus-bonus lain. Ini ulasan sebagai mahasiswa, bukan mewakili mana-mana kumpulan. Sekadar menyelami perasaan dan pengalaman mahasiswa yang terlibat ketika itu.

Pasca Pecah-Pintu; Merintis Rentak Demokrasi Baru

Tragedi 23 Februari 2011, mengikut laporan media ketika itu melaporkan tragedi tersebut merupakan tindakan ganas Pro-Mahasiswa UPM yang terlalu menurut emosi. Kita boleh bersetuju dengan itu kerana kita tidak mengalami sendiri seperti kebangkitan rakyat di Timur Tengah, banyak kisah di sebaliknya yang kita tidak tahu. Penuh pro dan kontra. Sejarah lepas kadang-kadang manis dikenang, namun pahit jika memberi kesan perasaan tidak elok pada kita. Apa pun, secara tidak sedar, tragedi bersejarah ini hakikatnya melakar sinar baru ke arah masa depan demokrasi yang lebih subur dan segar di kampus UPM. Walaupun pemulihan demokrasi ini masih belum berlaku secara menyeluruh, namun langkah ini dilihat sebagai satu tindakan awal pentadbiran universiti dalam memastikan hak mahasiswa ditunaikan.

Kita boleh memuji dan berbangga dengan Naib Canselor UPM kini, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi yang melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan dalam pilihanraya kampus. Walaupun belum terbukti sepenuhnya pembaharuan tersebut, namun iltizam beliau mengambil pengajaran peristiwa lepas mampu mengubah suasana pilihanraya. Bermakna ini bukanlah retorik semata, tapi adalah hampir menjurus kepada realiti yang nyata.

Bezanya kali ini, JKP yang bernaung di bawah beliau menetapkan peraturan yang boleh dianggap munasabah walaupun belum tentu bersih dari penyelewengan. Bayangkan jika peraturan pun tidak wajar, bagaimana pula pilihanraya telus dapat terlaksana. Berikut antara pembaharuan yang diperkenalkan dalam peraturan.

Pemilihan MPP 2012-2013; Menuju Pendewasaan Demokrasi Kampus

Pro Mahasiswa UPM menyambut baik pembaharuan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Naib Canselor UPM kerana di sana wujudnya usaha yang bersungguh dalam usaha untuk menjalankan demokrasi peringkat kampus yang lebih sehat dan bersih berbanding dengan politik kotor yang telah menconteng arang kepada pilihanraya tahun yang sebelumnya. Secara jelas, bersama dengan perbezaan tampuk pentadbiran dan pengurusan universiti telah berjaya memacu ke arah kematangan dalam mempraktikkan budaya politik  demokrasi campus yang lebih sihat. Segala bentuk perubahan daripada peristiwa fasa pra Pecah Pintu kepada pasca Pecah Pintu, adalah satu langkah yang bijak yang telah dimulakan di mana tidak lain dan tidak bukan langkah yang bijak dalam usaha untuk memuaskan hati dalam kalangan mahasiswa dan peringkat pengurusan univesiti secara umumnya.

2012

2011

Tempoh kempen selama 5 hari Tempoh kempen 2 hari dan pada hujung minggu
Dibenarkan berkempen secara elektronik dan bercetak Dibenarkan berkempen secara bercetak sahaja
Calon dibenarkan bertanding secara individu atau berkumpulan namun hanya di bawah persatuan/pertubuhan berdaftar di UPM Calon bertanding hanya secara individu dan tidak boleh berkumpulan.
Semua ketua jawatankuasa terdiri daripada pegawai berautoriti dan dipercayai (tidak termasuk ketua Jawatankuasa Induk) Terdapat ketua jawatankuasa terdiri daripada pegawai yang diragui (termasuk ketua Jawatankuasa Induk)

Pemilihan MPP 2012-2013; Pendirian Pro-Mahasiswa UPM

Berbeza dengan apa yang berlaku dalam Pro Mahasiswa  pada perinngkat Nasional yang kelihatan semakin agresif dan terkdepan khususnya dalam lembah Klang ini, Pro Mahasiswa UPM mengambil satu langkah yang berbeza. Sementara Pro-Mahasiswa UPM tidak menentang akan apa yang sedang Pro Mahasiswa peringkat Nasional sedang perjuangkan, Pro-Mahasiswa UPM mengambil langkah bijak yang dilihat adalah lebih sesuai dengan keadaan dan kondisi di bumi UPM ini, iaitu dengan mengubah sifat daripada demonstrasi jalanan, merubah budaya menghentam dan terus mengecam pihak aspirasi mahu pun BHEP, kepada mengambil jalan tengah atau pun dalam konteks mudah yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu mendekati langkah wasathiyyah. Peringkat Pro-Mahasiswa UPM akan bertindak sebagai pemerhati dan pemantau kepada gerak kerja MPP khususnya, tanpa mengambil sifat berat kepada sebahagian MPP sahaja, dengan kerjasama daripada pihak kelab dan persatuan yang bergiat aktif di UPM. Diharapkan agar kelab dan persatuan tidak terlalu obses dalam berpatisipasi dalam kerangka kelab dan persatuan mereka semata.

Mereka sewajarnya turut memainkan peranan dalam usaha untuk menjadi third force kepada MPP, serta membantu mengembalikan semula maruah dan pengaruh MPP di UPM yang telah sekian lama kelihatan suram dan lesu. Manakala BHEP tidak lagi perlu menjadi pencatur dan perancang kepada MPP lagi, biarkan MPP bertindak secara matang dengan adanya kewujudan kuasa ketiga daripada daripada Pro-Mahasiswa UPM serta kelab dan persatuan. Sewajarnya adalah BHEP menjadi pemudah cara dalam usaha untuk membantu  melancarkan dan memudahkan kerja MPP. Di harapkan dengan kombinasi yang harmoni antara Pro-Mahasiswa, MPP, kelab dan persatuan serta BHEP ini akan menyuburkan lagi budaya demokrasi dan politik yang subur di UPM kelak.

Pemilihan MPP 2012-2013; Cadangan dan Penambahbaikkan

Walaupun satu anjakan paradigma yang kelihatan yang positif dalam pelaksanaan PRK kali ini, namun ada beberapa lagi proses yang pihak Pro-Mahasiswa UPM rasakan perlu di ubah untuk terus menyuburkan budaya politik dan demokrasi kampus yang lebih matang pada sesi PRK yang akan datang. Pertamanya, Pro-Mahasiswa UPM menyambut baik tindakan NC UPM yang mengumumkan tarikh PRK yang hampir sebulan sebelum berlakunya PRK, dan berdasarkan pemerhatian UPM adalah kampus terawal yang menyatakan secara rasmi perlakasanaan PRK berbanding uinversiti lain. Cumanya, sedikit terkilan kerana pengumuman ini adalah di buat ketika mahasiswa semasa masih belum lagi mendaftar masuk ke dalam campus serta ketika mana proses pendaftaran subjek masih lagi sedang giat dijalankan.

Keduanya pihak pegawai tertinggi universiti sebagai contoh NC atau yang bersesuaian dengannya perlu mengadakan taklimat dan pendedahan mengenai proses pemilihan secara terbuka kepada mahasiswa, untuk memberi kefahahaman dan penjelasan kepada mahasiswa betapa peri pentingnya proses PRK ini. Sebagai contoh pendedehan ini boleh di buat secara kenyataan rasmi melalui rakaman video yang dimuat turun sendiri dalam uspot, poster dan sebarang medium yang sesuai berdasarkan keperluan semasa. Hal ini dirasakan amat perlu kerana sifat dan budaya mahasiswa UPM sendiri dilihat begitu tidak berminat dan cakna kepada isu-isu politik termasuklah dalam PRK sendiri dilihat pada tahap yang amat membimbangkan. Di samping pihak mahasiswa cuba untuk mengembalikan kesedaran tentang peri pentingnya akan PRK ini, usaha ini akan dilihat lebih bersepadu jika wujudnya gabungan yang berpadu antara mahasiswa dan pengurusan universiti.

Ketiganya, bersesuaian dengan tempoh berkempen yang bertambah panjang, ini sewajarnya membuka satu lembaran baru kepada calon pilihanraya untuk mereka berdebat tentang manifesto dan perjuangan mereka. Kaedah perlaksanaan adalah terpulang kepada JKP untuk melaksanakan debat secara individu mahupun berkelompok, pemilihan antara calon yang berdebat adalah secara rawak, sewajaranya adalah bersesuaian dengan kondisi semasa. Hal ini dilihat amat bersesuaian untuk terus menyuburkan budaya politik demokrasi yang sehat di samping para mahasiswa dapat menilai sendiri di manakah tahap pemimpin yang mereka pilih dalam menguji pemikiran mereka secara kreatif dan kritis dalam mendepani sesuatu masalah. Secara tidak langsung ini dapat memudahkan mahasiswa untuk mengenali siapakah calon yang bertanding sama ada diperingkat fakulti mahupun universiti.

Keempat adalah sewajarnya bila mana telah memasuki fasa berkempen, calon yang bertanding sewjaarnya adalah diberikan ruang yang luas dan bebas untuk mereka berkempen. Calon tidak perlu lagi perlu meminta kebenaran daripada pihak kolej mahupun fakulti untuk berkempen secara sah dan terbuka. Kebebasan untuk mereka berkempen adalah bebas dan luas selagi mana termasuk dalam ruang kawasan universiti meliputi di peringkat kolej kediaman mahupun fakulti.

Kenyataan rasmi Pro Mahasiswa UPM.

“Selamat Datang Pelajar Baharu”; NC UPM

3 September 2012 : Naib Canselor Universiti Putra Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar yang baru mendaftar di Universiti Putra Malaysia. Diberikan melebihi 3800 mahasiswa pelajar baharu yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia untuk sesi kali ini.

Pelajar baharu telah mendaftar di Universiti Putra Malaysia pada 1 dan 2 September 2012 yang dijalankan secara berperingkat. Daripada 27 Ogos sehingga 7 September 2012 dijalankan juga pendaftaran pelajar baharu untuk pascasiswazah.
Pro Mahasiswa UPM mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada pelajar baharu yang telah berdaftar. Semoga anda semua menjadi penerus agen kecemerlangan Universiti Putra Malaysia.

36 atlet daftar pelajar baharu UPM

SERDANG – Seramai 36 atlet kebangsaan mendaftar sebagai pelajar baharu program ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam bagi sesi pengajian akademik 2012/2013.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, mereka terdiri daripada skuad elit memanah, hoki, menembak dan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda.

“Antaranya pemain hoki wanita, Nor Hidayah Ahmad Bokhari, 22, atlet memanah, Arif Farhan Ibrahim Putra, 21, dan dua atlet menembak, Noor Izzati Jasni, 20, Shahira Abdul Halim, 20.”Selain itu, seramai 56 pelajar antarabangsa dari China, Amerika Syarikat, Iraq dan Palestin antara yang mendaftar pada sesi kali ini.”Ini adalah salah satu usaha yang dilaksanakan bagi mengantarabangsakan taraf pendidikan universiti ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pelajar baharu yang mendaftar di sini semalam.

Seramai 4,258 pelajar baharu akan mendaftar di UPM pada sesi kali ini dengan Fakulti Kejuruteraan menerima kemasukan paling ramai iaitu sebanyak 532 orang.

Universiti Putra Malaysia memalukan Perdana Menteri Malaysia.

SEMALAM Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk kali kedua dalam tempoh sebulan mengulangi cabaran debat kepada Najib Razak berkaitan isu ekonomi [Sinar].

Sebelum ini Najib menolak cabaran debat Anwar dengan memberikan alasan “debat bukan budaya kita” [Malaysiakini].

Dalam masa yang sama Universiti Putra Malaysia nampaknya memberi tamparan atau boleh dikatakan memerli Najib apabila menganjurkan Pertandingan Debat Perpaduan yang berakhir hari ini.

Ini melawan Perdana Menteri namanya sepatutnya pertandingan debat seperti ini patut diharamkan kerana bukan budaya kita kah kah kah…

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/isu-debat-universiti-putra-malaysia.html#ixzz201j0G9yW

Image

Diharapkan Universiti Putra Malaysia memohon maaf atas kebiadapan yang telah diilakukan kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Perkara ini telah memalukan Datuk Seri Najib Razak dan boleh menjejaskan nama baik UPM. 

Anjurkan Debat Anwar-Najib!: Amini Abd Manan (Presiden ABIM)

23 Mei 2012:- Debat antara YB Khairy Jamaluddin serta Rafizi Ramli telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Mengambil kesempatan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah mengembangkan budaya politik positif di kalangan para ahli politik di negara ini.

Menilai respon positif yang diketengahkan masyarakat berhubung penganjuran debat ini, ABIM ingin menggesa debat antara dua tokoh politik utama negara YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak serta YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dianjurkan sebelum PRU Ke-13 diadakan.

Penganjuran debat seperti ini amat penting untuk memberi peluang kepada kedua-dua peneraju politik utama negara ini untuk mengetengahkan dasar serta polisi mereka kepada umum. Ini sekaligus membuka ruang untuk rakyat menimbang tara hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh ini sebelum menetapkan pendirian atau pilihan pada PRU Ke-13 kelak.

Najib Penakut

Di samping itu juga, ABIM yakin menerusi saluran debat ini Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak boleh membersihkan imejnya yang dilihat sebagai “penakut” untuk berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang. Di samping itu juga, beliau juga boleh menggunakan peluang ini untuk, menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan serta tanda tanya seperti kes pembunuhan Altantuya, kes pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, dan pemborosan yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Sekiranya debat antara Dato Seri Najib & Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini diadakan, ia sedikit sebanyak akan menganjak paradigma baru amalan demokrasi serta politik di negara ini.

Amalam Demokrasi Sihat

Sebarang penganjuran debat ataupun wacana seumpamanya seharusnya diraikan memandangkan ia adalah mekanisme pengurusan konflik yang berkesan. Ini memandangkan amalan demokrasi yang sihat dizahirkan menerusi wujudnya perbezaan pendapat yang ditangani secara matang dan harmonis yang sekaligus memangkin pembentukan masyarakat madani (civil society) sepertimana didambakan negara dan masyarakat di masa hadapan.

Tahniah & Takziah buat PMIUM 2012/2013

Saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada saf pimpinan baru Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Sesi 2012/2013 yang telah dipilih pada tarikh 22 Mei 2012. Saya percaya di bawah pimpinan saudara Syid Abdul Kadir yang telah dipilih sebagai Presiden PMIUM Sesi 2012/2013, suasana Islam di Universiti Malaya akan terus disemarakkan. Semoga Allah meredhai dan membimbing PMIUM menerajui kebenaran di bumi Universiti Malaya.

Tarmizi Bin Anuwar,
Pengerusi Pro Mahasiswa,
Universiti Putra Malaysia.

Pro-M menyokong penuh Hospital Serdang dijadikan Hospital UPM (HUPM)

SERDANG, 18 Mei – Pro Mahasiswa UPM menyokong penuh usaha Hospital Serdang dijadikan Hospital Universiti Putra Malaysia dan menggunakan nama HUPM,

Pro M UPM menyokong penuh usaha banyak pihak antaranya Kepertama, Persatuan Pegawai Tadbir, Kesatuan Pegawai Akademik dan persatuan pelajar UPM dalam usaha mendesak KKM agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan menyerahkan pengurusan hospital itu kepada UPM.

Usaha ini diberitakan akan diteruskan lagi dengan penyerahan memorandun batahan kepada KKM pada 22 Mei 2012 ini.

Sekiranya dalam tempoh dua minggu dari tarikh penyerahan memorandun tiada tindakan yang diambil oleh KKM, pihak Pro Mahasiswa UPM akan bersama-sama dengan pihak lain yang menyokong penuh usaha ini untuk berpiket bagi mendesak lagi KKM agar mempertimbangkan permohonan ini.