Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.




Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.

Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.

Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!

Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.

Advertisements

Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN) yang mewakili kumpulan pelajar pro mahasiswa mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi dalang penangguhan pilihan raya kampus.

PMN mempunyai bukti terdapatnya campur tangan politik Umno BN yang diterajui Najib untuk melewatkan tarikh pilihan raya kampus.

“Berdasarkan sumber kukuh, satu operasi khas telah ditubuhkan yang didalangi Pejabat Perdana Menteri yang dinamakan ‘Opss 2020′.

“Jika kita teliti, pola kalah-menang, sepanjang tahun 2007 hingga 2011, kita dapat saksikan graf penurunan sokongan mahasiswa terhadap calon pro Umno (Pro Aspirasi) dan peningkatan sokongan terhadap calon pro mahasiswa,” kata PMN dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut PMN, sekiranya trend itu kekal, ia akan menjadi mimpi ngeri kepada Umno BN dan Najib untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

PMN berkata, Opss 2020 berperanan memastikan pilihan raya kampus kali ini tidak akan memberi sebarang kebangkitan moral kepada Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU 13.

Operasi itu juga katanya, akan digunakan sebagai indikator dan simulasi bagi mempengaruhi undi anak muda memandangkan tidak akan ada lagi pilihan raya kecil buat masa ini sehingga PRU 13 berlangsung.

Menurut PMN, baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengadakan perbincangan dengan pentadbiran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agar tarikh pilihan raya bagi sesi 2012/2013 dilewatkan kepada September 2012.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih pada sesi lepas telah tamat tempoh berkhidmat pada Mac lalu,” katanya.

PMN berkata, Opps 2020 jelas menunjukkan Umno BN begitu terdesak berhadapan dengan PRU 13 khususnya bagi memenangi hati mahasiswa dan anak muda.

Katanya, Umno BN telah masuk ke kampus membunuh idealisma perjuangan mahasiswa dan anak muda yang semakin menolak politik kotor, lucah dan tidak matang yang dibawa mereka.

PMN berpendirian, tindakan melengah-lengahkan proses pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa merupakan satu tindakan yang tidak demokrasi dan berniat jahat.

“Justeru, PMN bersama rakan-rakan front aktivis mahasiswa mengadakan siri perhimpunan aman pada Mac lalu di hadapan KPT untuk menyerahkan memorandum bagi menuntut agar pilihan raya kampus diadakan segera.

“Malangnya KPT hanya menghantar wakilnya menerima memorandum tuntutan mahasiswa di luar pintu sahaja. Ini menunjukkan Menterinya, Datuk Seri Khalid Nordin tidak serius dan gagal mempamerkan kredibiliti beliau dalam melayani isu-isu mahasiswa,” katanya.

 

Forum; PRU13 : Dimanakah Mahasiswa?

Image

Forum PRU13 : Dimanakah mahasiswa?

Anjuran : Pro-Mahasiswa Upm

Apakah peranan mahasiswa menjelang PRU13 di Malaysia ini? Adakah mahasiswa mempunyai aura tersendiri dalam menghadapi PRU13 ini? Maka secara sukacitanya Pro Mahasiswa UPM mengajak semua mahasiswa untuk hadir bersama-sama mendengarkan forum ini.

Bertempat : Kompleks Mahasiswa A, UPM.

Tarikh : 3 April 2012

Masa : 830 pm – 11 pm 

“Anak muda itu punyai satu kuasa yang mampu menggegarkan dunia”

Aside

Menteri Pengajian Tinggi Tidak Matang?

Jumaat lepas pada 3 Mac 2012 mahasiswa telah turun ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan memorandum menuntut pilihanraya kampus diadakan dengan lebih awal. Pada hari itu juga mahasiswa (saya turut bersama) telah memberikan ‘batu nisan’ sebagai satu simbolik matinya demokrasi kampus akibat pembunuhan yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Selang dua hari selepas itu, Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengeluarkan satu kenyataan balas berikutan insiden yang berlaku. Beliau telah mengatakan bahawa mahasiswa yang hadir pada hari itu tidak matang kerana memberikan batu nisan. Semalam beliau sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan PTPTN yang digesa oleh mahasiswa dan pembangkang agar dihapuskan atau dilupuskan.

Berdasarkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi rupanya boleh saya simpulkan bahawa beliaulah yang tidak matang, bukan mahasiswa. Kenyataan beliau mengatakan jika diberikan pendidikan percuma kepada rakyat maka IPTS terpaksa ditutup ini adalah salah kerana IPTS boleh dibiarkan terus beroperasi dan seperti biasa sesiapa yang mahu belajar di IPTS maka dia perlu membiayainya sendiri.

Soal IPTS perlu ditutup tidak perlu timbul sekiranya kerajaan menghapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kerana yang diberikan percuma hanyalah IPTA. IPTA mempunyai tanda aras atau kelayakkan yang perlu dilepasi oleh setiap pelajar jika ingin menyambung pelajaran di dalamnya. Maka, secara logiknya pasti akan ada pelajar yang berjaya dan tidak berjaya melepasi kelayakkan tersebut.

Kepada pelajar yang berjaya melepasi , mereka berhak untuk mendapat tajaan dan pendidikan percuma. Kepada yang tidak berjaya mereka mempunyai pilihan lain untuk sambung di IPTS. Satu lagi pilihan untuk pelajar yang tidak berjaya adalah memasuki institusi pengajian awam yang lain seperti politeknik, kolej politech mara dan yang lain sewajibnya dengan percuma kerana dalam sesebuah negara pendidikan adalah merupakan hak asasi setiap daripada rakyat yang menjadi warganegaranya.

Isu ini juga bukan hanya hak asasi rakyat untuk mendapatkan pendidikan percuma tetapi isu ini juga berkaitan dengan integriti dan amanah kerajaan Malaysia iaitu Barisan Nasional yang telah melupuskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas Pengerusi Majlis Penerbangan Malaysia sebanyak RM589 juta terhadap Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd. Jika hutang kroni atau ‘sahabat karib’ boleh dilupuskan sebanyak RM589 juta untuk seorang, maka apakah tidak boleh kerajaan melupuskan hutang PTPTN yang berjumlah 4.7 bilion untuk 887, 995 orang yang jika dibahagikan hanya lebih kurang RM529, 283 untuk seorang.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa mahasiswa bukanlah bodoh dan tidak matang tetapi mahasiswa adalah merupakan golongan cerdik pandai yang bakal menjadi peneraju pimpinan negara pada masa depan. Saya juga ingin tegaskan bahawa sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin memperkotak-katikkan mahasiswa dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak munasabah adalah merupakan pihak yang sebenarnya tidak matang. Saya tuntut agar PTPTN ini dihapuskan segera.

Tarmizi Bin Anuwar,
Pengerusi Pro Mahasiswa,
Universiti Putra Malaysia.

Forum “PRU13 : Di manakah mahasiswa?”

Kurang daripada masa seminggu akan diadakan Forum “PRU13 : Di manakah mahasiswa?” di UPM.

Forum yang dianjurkan oleh Pro Mahasiswa UPM ini akan membincangkan di manakah tanggungjawab mahasiswa dalam negera. Apabila membicarakan soal pilihanraya kita sering terlepas pandang bahawa sebenarnya mahasiswa mempunyai satu impak yang besar.

Kita akan mengajak mahasiswa untuk membuka minda mereka daripada perspektif mahasiswa yang berlainan. Forum ini akan diberitahu bilakah tarikh dan tempatnya kelak. Tunggukan kemunculan forum ini.

Ayuh mahasiswa peneraju negara!!!

Hari Berkabung Di UPM.

Wear BLACK for PALESTINE (UPM Serdang, 29/3/2012) click SHARE

Image

In conjunction with the Malaysian Global March to Jerusalem on 30/3/2012 (http://www.facebook.com/events/274912942589517/), we as a group of UPM students who are aware of the Palestinian plight have decided to express our support and solidarity for the Palestinians by putting on our black attire on the 29/3/2012. 

We are INVITING ALL UPM Serdang students to join us on that date (29/3/2012) in solidarity with the Palestinians. Wear BLACK, show your SUPPORT and make a STAND.

DETAILS on the initiative

1. What?: Wear BLACK* attire (i.e. T-shirt, Pants, Cap, Scarf, Kopiah, Tudung, …)

*P/S: It would be best if there is Palestine-based designs on the attire. But, if you only have a black shirt (for instance), it is fine.

2. Where?: ALL OVER UPM Serdang (i.e. at your residential college, faculty, tutorial rooms, labs, ladang …)

3. When?: 29/3/2012 – 8AM to 5PM

WHY we do it?

1. The Israeli Zionist regime aggression on the Palestinians has been going on for a long period of time (since 1948 – until present day), and the britality have to end immediately.

2. By putting on our black attire, we are hoping that we can spread the awareness among UPM students about the issue surrounding the Palestine-Israel conflict.

3. We are trying to create a community of students who are aware of what is happening throughout the world, in addition to excellent academic and co-curricular performance.

WHO can get involved?

1. We, the students of UPM
2. Staffs
3. People aorund UPM (i.e. SS, flat ikan …)

HOW we can help?

1. SHARE this event with your FACEBOOK friends
2. SHARE this event with your friends (i.e. at college, coursemates, clubmates, …)
3. TALK with your friends about the Palestinian issue.
4. Give out fliers/brochures/cut-outs (or anything) regarding with the issue with your friends

What are the BENEFITS?

1. Be part of the global citizen who are aware of the current situation in Palestine.
2. It is an added value for us students to know something about what is happening in the world (i.e. Palestine-Israel conflict).

WHO are the organizers?

No one can claim to champion the Palestinian issue as it is an issue of humanity. Thus, it is UP TO US to be part of it. WE are the movement. The event administrators are just a minute part of the initiative.

LEARN more about what can we do, here:

1. Aqsa Syarif ( http://www.facebook.com/aqsa.syarif / www.aqsasyarif.org.my/)
2. Viva Palestina Malaysia (VPM) ( http://www.facebook.com/vivapalestinamalaysia / http://www.vivapalestina-my.org/)

ProM UPM bernyawa semula

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus UniPerdana. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA