Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.
Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus
Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.
Mereka mengatur peliharaan mereka untuk menjadi wakil-wakil di kampus supaya senang mereka mencari mangsa. Tiba masa, hanya perlu dibaling umpannya. Mekanisme beginilah digunakan UMNO di UPM. Demi mencapai matlamat mereka mahasiswa dari persatuan-persatuan fakulti telah disogok untuk menghadiri perhimpunan mereka. (gambar diatas: bukti penyebaran mesej yang diperolehi jelas terdapat sogokan wang dalam memperalatkan mahasiswa ke program UMNO)Sikap ini jelas merosakkan masa depan politik malaysia kerana mahasiswa yang merupakan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara telah dilatih supaya mengamalkan politik budaya UMNO yang kotor lagi menjijikkan. Bayangkanlah jika pendokong Aspirasi mereka menjadi pimpinan kelak, apa lagi kekotoran yang mereka telah rencanakan lantas akan dilaksanakan.
Serangkap pantun penutup bicara dari ProM untuk kali ini. Moga dapat kita ambil ibrahnya.
Politik wang dan UMNO jelas sudah sebati,
Mahasiswa diperalatkan lagi!
Ayuh bersama Pro Mahasiswa dalam kelangsungan hidup yang adil.
Dominus Raider said:
Tuh sapa datang tak tau ada bayaran RM300 – duit mesti kena sorok masuk poket sendiri kikiki $$$
anonymous said:
Nama tu potonglah brother.. agak2lah… Cukup nampak permatani tu…
Hilmi Adzis said:
kalau dah nama umno memang tak sah kalau tak peralatkan mahasiswa + umpan duit
panglima perang said:
nampaknya korang memang suka bermain fitnah. bukankah program terbabit di atas bayaran petugas untuk karnival kerjaya iaitu wakil dari permatani yang diberi kesempatan oleh fakulti untuk menerangkan program2 inkubasi yang dijalankan oleh upm. bukankah saudara qayyum telah menerima penjelasan dari su ini sendiri. saya akan cadangkan saudari farahin melaporkan kepada polis diatas artikel ini.
shingen said:
law xkrane umno ktew xkn mrdeka n maju…law korang sokong prti pmbangkang…malaysia jdi r cm taiwan.. sgale2 nye boleh….bek ak dok america….ktew ptot brsyukur tntg ngara ktew skang nie…mgkin bdak2 yg blaja u nie xpnah brcmpur msyarakat tmpt2 len…law umno dtuduh mnyogok pngikut nye…hbiz parti2 yg len xkn xde…bhong la xde….ak rse ag truk prti pmbangkang…coz kt tmpat ak nie prti pmbangkang nk sogok ap pn xgne coz rmai org taw prti pmbangkang ag kuat mnipu…jnji xpnah d tpati
atas pagar said:
mmg le UMNO yg berjaya memerdekakan malaysia. tp itu UMNO dlu.. aku sokong UMNO yg dlu.. tp UMNO skg. UMNO yg sngup buat ape saje untuk mengekalkan kuasa..
yang mengetahui said:
tanpa usul periksa, terus-menerus perkara ini disebarkan tanpa rasa bersalah. dah tanya ke tuan punya badan tu betul ke cite sebenar?? jadi, fikir-fikirkanlah adakah mereka ini lebih baik?? menggunakan nama orang yang tidak bersalah untuk tujuan kepuasan sendiri??
Bobcat said:
oitt blogger.. ang mmg x baik la.. ang kata umno duk pitnah org. ang apa kurang? ang tau ka pa tujuan student tu anta sms tu? awat dia nk pi cari 10 org ja?? awat dia xnk panggil semua.. pastu ikut suka ang bubuh nama dia bg satu dunia baca. ang mmg x baguih la. ang pikiaq abes dulu na!
nobady said:
Saya tak sejalan dengan DS Najib, tak bermaksud saya tak suka Perdana Menteri Malaysia. Saya tak suka UMNO, tak bermaksud saya benci kerajaan Malaysia. Benci saya kepada UMNO dan DS Najib tidak mengurangkan sedikit pun sayang saya kepada Malaysia. Bukankah ada beza, antara Presiden UMNO dan PM Malaysia dan beza antara UMNO BN dan Kerajaan Malaysia?
Menolak kezaliman dan ketidakadilan adalah common interest seorang manusia, maka yang menyokong kezaliman itu ada sedikit kekurangan pada kemanusiaannya.
haris said:
bro…lu hina gila…nak cite buruk orang…buruk ko terserlah…orang baca blog ko…bukan nak sokong bro…makin nampak penyokong perangai pro-pembangkang tak bertauliah…tak cukup ilmu didada jgn ckp ape2 nnt lidah sendiri jadi bisa…bangang ke hape ko ni…name orang dok tayang…tanye dulu tuan punya SMS tu dia bagi rm300 wat ape…upah buat keje untuk parti ke ape ke…pastu tayang name orang…bongok seyhhh…
-yang tak suka manusia bodoh-
haris said:
maaf…silap susunan ayat~pandai2 la carik mane satu 🙂